Entri Ulung Kami
Posted by azmalnor di 1 Februari 2009
bismillahhir rahmannir rahim,
Di sinilah bermulanya perjuangan kami dalam mengejar cita-cita menyahut cabaran menjadi usahawan tani dan memartabatkan industri penternakan kambing negara. Maju Ternak Enterprise akan menguruskan sebuah ladang kambing yang diberi nama “Ladang Kambing Eden”. Di blog ini, kami akan mencatatkan pengalaman kami, tips yang berguna serta berinteraksi dengan pembaca sama ada ingin menimba ilmu mahupun berurusniaga dengan Maju Ternak Enterprise. Kami juga ingin bertukar-tukar pendapat serta ilmu kerana kami juga masih baru dan masih belajar. Proses pembelajaran itu sentiasa berterusan, dan bagi setiap ilmu baru yang kita ketahui, marilah kita sama-sama berkongsi untuk kebaikan bersama.Insya Allah!
“Ke Arah Memperkasakan Industri Penternakan Negara”
AZMAL,
b/p: Maju Ternak Enterprise
2 Feb 2009, 1.20 am