salam buat anda.. jika anda sedang merancang untuk usahawan, apakah pilihan anda? Ada banyak kategori usahawan. Usahawan industri, usahawan IT dan banyak lagi. Pernahkah anda terlintas untuk menjadi usahawan tani? Menjadi usahawan tani kini merupakan sesuatu yang popular, apatah lagi dengan galakan yang diberikan oleh kerajaan dengan tagline “Pertanian Adalah Perniagaan”. Ini adalah kesinambungan daripada Projek Buku Hijau kerajaan tahun 70-an dahulu. Memandangkan keadaan ekonomi kini yang mengalami kemelesetan, maka banyak industri yang teruk terjejas. walau bagaimanapun pada pendapat saya, industri pertanian(termasuklah penternakan) adalah sesuatu yang relevan dan berbaloi. ini kerana sektor makanan adalah sesuatu yang tetap menjadi permintaan, walaupun mungkin tidak segalak semasa ekonomi sedang baik.
Fitrah manusia adalah makanan, dan pertanian menyumbang peratusan yang besar dalam bekalan makanan. Sebab itulah saya memutuskan untuk menjalankan aktiviti penternakan. Biarpun dalam keadaan ekonomi yang meleset,yang mungkin menyebabkan permintaan terhadap ternakan akan merosot, tetapi ternakan itu boleh disimpan dan juga mampu berkembang biak dan berganda jumlahnya dan ianya juga boleh dijual pada bila-bila masa. Apabila kemelut ekonomi berlalu, aset kita meningkat dan jualan mungkin kembali pulih. ini berbeza jika saya menjalankan perusahaan makanan seperti kerepek atau kuih bahulu, kerana makanan ini mempunyai tarikh luput. Kita perlu menjual stok makanan yang telah kita hasilkan sebelum tamat tempoh luput.jika tidak kita akan kerugian. dalam suasana ekonomi sebegini pastinya umum akan mengurangkan pembelian untuk berjimat..sudah pasti jualan produk tidak akan terjual semuanya.. walaubagaimana pun saya pasti setiap usahawan dalam bidang masing-masing sudah mempunyai strategi serta pelan pemasaran tersendiri untuk menjana keuntungan biarpun diasak kemelut ekonomi global..
walaubagaimana pun memilih jalan sebagai usahawan ternak juga bukanlah semudah yang disangka. banyak rintangan yang akan diharungi. keuntungan bukanlah datang dengan segera, kerana ianya agak lambat (lebih kurang 3-5 tahun beroperasi) untuk mencapai titik pulangan modal(Return of Investment@ROI). Sekiranya anda mahukan pulangan yang cepat, lebih baik anda jangan menceburi sektor penternakan.
Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang ternakan kambing, buatlah kajian yang mendalam sebelum memulakannya. Adalah lebih afdal jika kita terjun ke lautan yang dalam dengan pelampung atau jaket keselamatan berbanding terjun tanpa sebarang alatan, biarpun anda mahir berenang. Jika anda juga beminat untuk menternak kambing, sama ada telah memulakan atau baru hendak berjinak-jinak atau baru hendak membuat kajian, marilah kita sama-sama bertukar pandangan dan ilmu. semoga ilmu yang ada pada kita berkembang dan memberi manfaat kepada semua. Insya-Allah! Amin…..!